Friday, June 26, 2009

JOM LUKIS UC Part 1!

Hi everybody! Ni ade cabaran utk korang!

Cabarannya, pertandingan JOM LUKIS UC!

Caranya, korang lukis la mana2 watak yang korang suka dari Urban Comics dulu2 dengan ape teknik, dengan ape medium sekali pun! Janji ko rasa cun! Pastu email je ke alamat aimurban@yahoo.com secepat mungkin. Sertakan nama penuh (nama samaran jika ade), no kad pengenalan (untuk tau korg org Malaysia), alamat surat menyurat (untuk pos hadiah bukan utk berkenalan)... Tarikh tutup, 15 Julai 2009.

Jurinya, terdiri dari Urban Militia, yang mana2 sempat untuk mengadili. Keputusan pengadilan adalah muktamad, surat layang tidak akan dilayan! Heheh!

Hadiahnya, korang bleh tgk kat gambar ni. Tak payah la aku nak listkan. What you see is what you get... kalau korang menang la, tempat pertama, kedua & ketiga. Kalau ade tambahan hadiah, akan dimaklumkan kemudian! Ade ape2 soalan, sila tanya.

Benda alah ni simple je. Jangan tension, jangan gaduh, jangan pukul jiran, kita suka2 je... Hadiah2 untuk pertandingan kali ni disponsor oleh Encik Aim Ahmad yang sedang dalam proses mengurangkan koleksinya. Kalau sambutan menggalakkan, next time hadiahnya pasti lagi best!

White kini dah ada album Retorik Audio


Yup... Fahimi Maiden aka White..

antara Urban Militia yg aktif bermain muzik dan ada memacam band cam Floating Freezer..
dan sedia maklum dengan karya komik tersohor 'Evil Spell' ..dengan beberapa komik pendek dalam Urban Comics..

setelah tamat pengajian degree dalam Architecture,,,selain aktif sebagai Arkitek.
dia juga aktif dengan bandnya CODA..telah pun keluarkan album 'Retorik Audio' di bawah Siti Nurhaliza Production..dengan konsep ala J-Rock dan radiohead..

nak dengar..dapatkan albumnya di pasaran sekarang..
atau cek myspace Coda:
http://www.myspace.com/freecoda

leh previu clipnya di sini:




Tuesday, June 23, 2009

Woo.. sudah lama tak melukis!


Setelah sekian lama tak melukis, hari ni aku curi masa sikit kat ofis untuk mengasah skill yang dah berkarat! Aduh! Hampir terlupa aku nikmat melukis sebab dah terlalu lama tak melukis... Hahah! Kadang-kadang terfikir jugak, mengejar deadline masa UC dulu buatkan sebahagian keseronokan melukis tu hilang... so, skarang aku try lukis ape yang aku suka, ikut masa yang aku suka. That is more enjoyable! Ni lukisan yang aku buat tadi, potret Encik Toshiro Mifune, the greatest actor from Japan.. ever! Korang yang suka layan filem samurai sure kenal... hero filem-filem klasik cam Seven Samurai, Yojimbo, Sanjuro, Throne of Blood & trilogi Samurai (Musashi Miyamoto). Kalau ade yang terkurang... lain kali aku cuba lebih baik lagi!