Thursday, August 10, 2006

Pintu Naga Singa

Belum sempat pun menonton, aku dapat jangkakan yang aku pasti akan menyukakan filem ini! Ternyata daya penaakulan aku memang tepat seperti itu. Tapi hal yang sebenarnya aku telah tontoni filem ini pada hari ke-2 tayangan pembukaannya.

Kalau kamu sudah lama tidak menonton filem aksi Hong Kong, memang bagai rezeki datang berguling, kerana filem ini memang patut ditontoni. Montaj untuk prolog pada awalan filem ini memang asyik ditonton tetapi agak mencurigakan kerana ianya tidak kelihatan seperti komik Hong Kong pun.

Kekuatan filem ternyata terletak pada Donnie Yen, memang sungguh hebat aksinya apatah lagi bila dia mengaktifkan kuasa dalamannya. Ternyata dia bukan calang-calang orang. Ada banyak camera angle yang hebat-hebat dalam beberapa babak aksi yang dipaparkan lalu mengingatkan aku kepada videogame Metal Gear Solid (dan beberapa sekuel selepasnya). Padahal MGS bukanlah permainan video kungfu! Seperti yang diperkatakan, kebanyakan babak lawannya memang tidak mengecewakan.

Sementara itu, ada juga beberapa babak yang sangat menggelikan hati aku ini. Ada terdapat satu babak dimana membabitkan pertukaran telefon bimbit dan... ha, ha, ha...! Memang... kelakar...! Mesti dilihat oleh mata kepala sendiri!

Apa yang sangat menarik perhatian selain babak aksi tiga watak utama ialah rambut mereka... rupanya memang seakan rambut benar! Tetapi rambut perang keemasan salah seorang watak tidak kelihatan asli. Fesyen pakaian yang diperagakan mereka bertiga adalah lebih trendy jika dibandingkan dengan penampilan didalam komik. Aku rasa banyak handphone-handphone Nokia yang dipaparkan adalah model terkini dan memang canggih-canggih belaka! Ketiga-tiga mereka pun ada!

Ramai orang jahat yang telah dihantarkan ke neraka oleh mereka bertiga, namun terdapat seorang yang maha hebat dan jahat yang masih belum terkalah! Mereka akhirnya bersemuka pada babak aksi terakhir filem ini. Namun selepas membuat keputusan, aku mendapati babak aksi terakhir filem ini adalah mengecewakan, tambah-tambah kerana babak-babak aksi sebelumnya yang 40 peratus lebih hebat...

Maaf kepada Abang Tony kerana tiada fanart yg dapat dihasilkan walaupun aku sangat menyukakan filem itu! Memang tiada apa yang dapat diperkatakan lagi....!

(Sebenarnya ada nak pos lukisan, tetapi talian dial-up memang terlalu mengecewakan)

3 Comments:

Blogger Senang Kacang Studios said...

Pintu Pagar Harimau Naga

http://www.dragontigergatemovie.com/

Fri Aug 11, 10:11:00 AM GMT+8  
Blogger azhar said...

aku nak tgk! aku nak tgk!..tapi aku tak mampu WAAAAAAAAAAAAA!!

nanti Nacho Libre..aku pasti akan tgk walaupun bertongkat

Fri Aug 11, 01:03:00 PM GMT+8  
Blogger aim ahmad said...

wah! benarkah sehebat bagai dikata? tapi sememangnya Donnie Yuen hebat! masih ingat Once Upon A Time In China II?

Mon Aug 14, 04:28:00 PM GMT+8  

Post a Comment

<< Home